kete org susah

Sunday, June 26, 2011

kisah hidupku


Sejak dari kecil lagi aku telah keseorangan. Aku dilahirkan mempunyai jarak yang umur yang jauh daripada abang dan kakakku. Sewaktu aku berumur 4tahun, abahku masih bekerja sebagai seorang askar. Aku jarang sekali berjumpa dengannya. Mak pula sibuk menjual untuk menambah pendapatan keluarga. Waktu tu keluarga aku sangatlah susah sehinggakan rumah yang disewa seakan-akan hendak roboh. Ketika itu kami tinggal di benta, kuala lipis, Pahang. Keluargaku pernah tinggal di stor masjid kerana abahku tiada wang yang mencukupi untuk membayar sewa.
Kemudian,keluarga aku berpindah ke Raub. Waktu ketika itu abah dan mak hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah majlis daerah. Kami mulanya menumpang rumah nenek di sempalit kemudian Kami menyewa sebuah rumah di atas bukit gadong dekat dengan sekolah rendah chung ching. abah cuba bekerja sebagai tok siak atau pegawai rendah agama islam di masjid raub. Mak pula sekarang menjual nasi lemak dan kueh-kueh. Masa itu pun agak susah lagi. Along masih berada di benta kerana bersekolah asrama penuh di sana. Angah dan kakak bersekolah. Kemudian keluargaku berpindah ke jalan cheroh. Di situ aku telah berjumpa kawan-kawan. Tetapi perempuan 3 orang. Namanya atikah,farah dan aqilah. Aku masih lagi berkawan dengan atikah. Lagi 2orang tu tak tau ke mana. Rasa keseorangan tidaklah terasa sangat. Umur  aku dah 5 tahun, abah hantar aku pergi tadika dekat dengan rumah. Hari-hari aku nangis sebab tak nak pergi tadika tu. Tak tahu kenapa. Terpaksalah mak tunggu aku dekat luar tadika supaya aku tidak menangis. Satu hari aku minta dengan abah hendak tadika dekat sempalit. Keadaannya pun tetap sama. Hari-hari pergi tadika hari-hari menangis.
Umur aku sudah 7 tahun,aku dah darjah satu. Along pun ada dekat Raub bersekolah di smk Mahmud dengan angah. Kakak masa tu darjah 6. Satu hari aku asyik kacau along je. Tiba-tiba dia naik angin. Aku tak tau la kenapa. Aku Cuma hendak berkawan je. Takdir aku memang kena hidup keseorangan.  Abah ada belikan aku sebuah game tv yang guna tape. Tu je la teman aku. Angah ade la juga teman aku tapi tak lame. Mak pula tiba-tiba sakit. Aku nangis sebab mak tak ade. Mak sakit bukan sebab ape mak pregnant je. Aku dapat adik seorang. Masa umur aku dah 9 tahun aku pindah pula ke simpang kallang. Hidupan keluarga adalah senag sikit. Dekat sini aku jumpa seorang kawan. Nama dia arif shahriman. Dia menjadi kawan rapat aku walaupun kadang-kadang kami bergaduh. Mana-mana pergi pun sama-sama. Waktu tu pun along dah pergi belajar jauh. Angah dengan kakak lagi la sibuk sebab sudah besar. Angah hendak periksa spm. Kakak sibuk dengan aktiviti sekolah. Arif je la kawan aku masa tu. Aku dengan tak berapa ngam. Aku asyik bergaduh dengan dia. Umur pun jarak jauh. Tibe masa pula angah belajar jauh. Tinggal la aku.
Waktu umur aku 13 tahun aku pindah ke taman raub jaya. Aku sekolah dekat smk Mahmud sampai tingkatan 2. Kemudian berpindah ke taman amalina perdana. Kakak pula hendak belajar jauh. Tinggal la aku dengan adik aku ni. Dekat sini keluarga aku sudah mula dapat hidup selesa. Aku dengan adik memang tak boleh dekat. Kalau dekat nak gaduh je. Sampai umur aku 16 tahun aku dah mula bercinta tapi tak la bercinta macam dekat sekolah Mahmud dulu. Rasa keseorangan tu adalah rasa kurang sikit sebab sudah ada teman.
Umur dah sampai 18 tiba masa aku pula kena belajar jauh. Di university ni lagi aku rasa keseorangan yang teramat sangat. Bukan tiada kawan tapi tiada kawan yang betul boleh buat kawan. Awek aku pula dah belajar jauh juga. Memang lagi rasa keseorangan. Agaknya memang takdir aku memang macam ini. Hendak buat macam mana. Nak menangis hari-hari nangis. Time orang tidur aku nangis la. Alu memang ada awek tapi takkan 24jam die nak teman aku. Dia pun ada kerja.
Sekarang umur aku dah 20. Time aku tulis ni hari jadi aku. Tak de siapa yang nak celebrate dengan aku. Memang aku sorang! Selmat hari lahir kawan.!Tak apalah. Mungkin ALLAH itu sentiasa menemani aku. Terima kasih ya ALLAH kerana memanjangkan usia aku.